~...sEpErTi BiNtaNg...~

hours fly, flowers die... new days, new ways.... pass by, love stays....

Friday, April 30, 2010

kamu tidak pernah hargainya.

hanya kerana aku diam tidak bererti kau sentiasa betul.
sedarkah kau?
banyak salahmu?
yang kau tak mengaku.
dan tanpa segan kau letakkan kesalahan itu ke atasku.

kau tak pernah hargaiku
kau sangka kau terlalu baik
kau sangka layananmu indah
tapi sedarkah kau?
aku derita bersamamu?

kau mahu aku fikirkan perasaanmu,
tika ku berkata-kata
namun sedarkah?>
kau tidak fikirkan perasaanku
kau hamburkan kata-kata
tanpa pedulikan apa ku rasa

kau marah tika ku bersuara tinggi
tapi kata-katamu yang halus lebih menyakitkan berbanding kata-kataku yang nyaring itu!
sedarkah kau?
oh!
kau tak pernah sedar!
kerana bagimu, kau sentiasa BETUL.

Labels:

Thursday, April 29, 2010

aku mencari di mana aku di hati kamu~

di lewat perhubungan ini
aku masih tertanya-tanya
siapakah aku di hatimu,
di manakah aku di hatimu...

kerna..

selama ini,
ketika aku melompat-lompat kegirangan tatkala bertemumu,
kau cuma diam dan tersenyum hambar

namun,
ku pejamkan mata, pura-pura tidak mengerti
kuanggap semua itu cumalah sangkaan burukku...

tanpaku duga, semua ini makin menjadi duri
yang tanpa amaran, bila-bila saja akan mencucuk diriku
tatkala kau dingin

pergilah sayangku,
kau tak pernah perlukan aku
cuma aku yang terlalu berani
sentiasa meyakinkan diriku,
betapa pentingnya aku dalam hidupmu
sedangkan kau??

Labels: